BahasanBeritaTerkiniUtama

Stor simpan kabel hangus terbakar

Nusatimes

SHAH ALAM, 14 OGOS 2026 — Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik musnah hampir keseluruhan dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Kunci Air, Padang Jawa, di sini, malam tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 11.11 malam.

@nusatimes

Stor simpan kabel hangus terbakar SHAH ALAM — Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik musnah hampir keseluruhan dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Kunci Air, Padang Jawa, di sini, malam tadi. Menurut laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 11.11 malam. Katanya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian, sebelum dibantu oleh anggota dari BBP Klang Selatan dan BBP Bukit Jelutong. “Kebakaran melibatkan sebuah premis struktur kelas C yang dijadikan stor penyimpanan kabel elektrik. “Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kemaraan api daripada merebak ke kawasan sekitar, namun dianggarkan kira-kira 80 peratus struktur premis berkenaan telah musnah terbakar,” katanya. Seramai 21 pegawai dan anggota bersama beberapa jentera pemadam telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman secara menyeluruh. Pihak bomba turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan. Punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa. nusatimes #Padangjawa #SHahAlam

♬ original sound – Nusa Times – Nusa Times

Katanya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian, sebelum dibantu oleh anggota dari BBP Klang Selatan dan BBP Bukit Jelutong.

“Kebakaran melibatkan sebuah premis struktur kelas C yang dijadikan stor penyimpanan kabel elektrik.

“Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kemaraan api daripada merebak ke kawasan sekitar, namun dianggarkan kira-kira 80 peratus struktur premis berkenaan telah musnah terbakar,” katanya.

Seramai 21 pegawai dan anggota bersama beberapa jentera pemadam telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman secara menyeluruh.

Pihak bomba turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan. Punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Nusatimes