Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

750 jawatan doktor tetap Sabah dan Sarawak, permohonan dibuka 9–15 November

Pengambilan khas Gred UD10 turut terbuka kepada pegawai yang tamat kontrak. Calon berjaya dicadangkan melapor diri pada 15 Februari 2027.

M
Megat Wartawan
October 30, 2026 • 5:28 AM 2 min read • 4 views
750 jawatan doktor tetap Sabah dan Sarawak, permohonan dibuka 9–15 November

Petugas kesihatan Malaysia menghadiri simposium pediatrik di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas, Kota Kinabalu dalam foto arkib 7 September 2026. Foto Alana Walker/Tentera Udara Amerika Syarikat

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2026 — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka permohonan pengambilan khas bagi mengisi 750 jawatan tetap Pegawai Perubatan Gred UD10 di Sabah dan Sarawak mulai 9 hingga 15 November ini.

Pengambilan fasa pertama itu melibatkan pegawai lantikan kontrak, termasuk mereka yang sudah tamat kontrak perkhidmatan dengan kementerian, menurut kenyataan KKM pada Khamis.

Kumpulan yang layak memohon ialah pegawai yang menjalani latihan siswazah bermula Siri 1/2016 pada 5 Disember 2016 hingga Siri 6/2024 pada 14 Oktober 2024.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Calon perlu menamatkan latihan siswazah dengan jayanya dan memperoleh pendaftaran penuh Majlis Perubatan Malaysia selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan permohonan.

“Bagi pegawai yang berjaya dalam urusan pelantikan tetap ini, tarikh lapor diri dicadangkan pada 15 Feb 2027,” kata KKM.

Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Umum Sarawak dalam foto arkib 8 Oktober 2021. Foto Cerevisae/Wikimedia Commons
Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Umum Sarawak dalam foto arkib 8 Oktober 2021. Foto Cerevisae/Wikimedia Commons

Pegawai yang memenuhi syarat dan bersedia berkhidmat di kedua-dua negeri diminta mengemukakan permohonan menerusi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) apabila iklan dibuka.

Menurut laporan Utusan Malaysia, hanya permohonan rasmi melalui sistem berkenaan sepanjang tempoh iklan tujuh hari itu akan dipertimbangkan bagi urusan pelantikan.

KKM menyatakan pengambilan khas itu bertujuan merapatkan jurang pengisian perjawatan dan memastikan pengekalan tenaga perubatan di Sabah serta Sarawak pada tahap optimum.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tawaran jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor kontrak pada 2027 ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober. Pengambilan khas 750 jawatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berkenaan.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

3,510 pegawai perubatan letak jawatan sejak 2024, lebih separuh ke sektor swasta

[Belanjawan 2027] Harapan baharu doktor kontrak selepas hampir sedekad ketidakpastian

[Belanjawan 2027] KKM diperuntuk RM47.7 bilion, lebih 9,000 doktor kontrak ditawar jawatan tetap

KKM ingatkan doktor UD10 melapor diri sebelum 7 Oktober

Penempatan doktor Sabah dan Sarawak: Apakah halangan yang perlu diselesaikan?

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement