Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

‘Dua Nyawa’ kupas realiti kehamilan usia muda dan harga sebuah keputusan

Dua Nyawa menelusuri kehamilan usia muda, tanggungjawab dan pengorbanan menerusi drama 12 episod yang ditayangkan mulai 13 November 2026.

W
Wawan Wartawan Senior
October 29, 2026 • 12:02 PM 2 min read • 12 views
‘Dua Nyawa’ kupas realiti kehamilan usia muda dan harga sebuah keputusan

Barisan pelakon dan pasukan produksi drama Dua Nyawa pada acara pengenalan drama itu. Foto iQIYI.

KEHAMILAN pada usia muda boleh mengubah perjalanan hidup seseorang, apatah lagi apabila keputusan yang dibuat membawa kesan kepada masa depan dan hubungan dengan insan sekeliling.

Realiti inilah yang menjadi latar drama terbaharu iQIYI Original, Dua Nyawa, menampilkan Zarif Ghazzi, Jazmy Juma dan Puteri Balqis sebagai teraju utama, selain Vanida Imran, Datuk Eizlan Yusof, Atilia Harun dan Kodi Rashid.

Drama 12 episod hasil penulisan Liza Nur dan arahan Riza Baharudin ini mengangkat tema 'Bila Hidup Paksa Kita Dewasa' menerusi kisah Farhana yang hamil hasil hubungannya dengan Zafran.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Ketika berdepan ketidaktentuan masa depan, Fawwaz, pemuda yang menyimpan perasaan terhadap Farhana, memilih untuk terus menyokongnya meskipun terpaksa berkorban.

Menerusi konflik tersebut, Dua Nyawa menelusuri cabaran yang timbul apabila golongan muda berdepan situasi di luar kemampuan mereka untuk menghadapinya.

Kisah ini turut membuka ruang untuk melihat sejauh mana tanggungjawab perlu dipikul apabila sesuatu keputusan bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri, malah turut mengubah kehidupan orang lain.

Poster drama Dua Nyawa yang dijadual ditayangkan mulai 13 November 2026. Foto iQIYI.
Poster drama Dua Nyawa yang dijadual ditayangkan mulai 13 November 2026. Foto iQIYI.

Pengarah Urusan Kanan iQIYI Asia Tenggara, Dinesh Ratnam berkata, drama ini mencerminkan usaha berterusan platform tersebut dalam menghasilkan karya tempatan yang dekat dengan kehidupan masyarakat serta membawa mesej yang relevan.

"Harapan kami agar Dua Nyawa dapat mencetuskan kesedaran dan perbincangan, khususnya dalam kalangan golongan muda, tentang tanggungjawab serta implikasi daripada setiap keputusan yang dibuat," kata Dinesh pada sidang media drama itu di Pavilion Damansara pada Rabu.

Idea di sebalik drama ini turut berpunca daripada kebimbangan penulis novel dan skrip, Liza Nur, terhadap isu kehamilan dalam kalangan remaja serta kesannya terhadap masa depan mereka.

"Kes remaja terlanjur dan mengandung pada usia muda adalah masalah yang kian meruncing dalam masyarakat kita. Saya mengharapkan cerita ini dapat memberi pendedahan dan mengingatkan anak-anak muda tentang implikasi setiap keputusan yang dibuat. Adakalanya, satu kesilapan mampu mengubah seluruh masa depan," kata Liza.

Pengarah, Riza Baharudin ketika menjalankan penggambaran Dua Nyawa. Foto iQIYI.
Pengarah, Riza Baharudin ketika menjalankan penggambaran Dua Nyawa. Foto iQIYI.

Kebimbangan tersebut diterjemahkan melalui perjalanan tiga watak utama yang berdepan konflik dan pilihan masing-masing.

Pertembungan Farhana, Zafran dan Fawwaz bukan sekadar berkisar soal hubungan peribadi, tetapi turut memperlihatkan pengorbanan serta cabaran memikul tanggungjawab apabila kehidupan berubah daripada apa yang dirancang.

Terbitan Global Station, Dua Nyawa bakal menemui penonton mulai 13 November 2026 secara eksklusif di iQIYI.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement