Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Anwar sahkan terima surat peletakan jawatan Anthony Loke

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menerima surat peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan dan akan meneliti perkara itu sebelum membuat keputusan..

November 13, 2026 • 4:46 PM 1 min read • 33 views
Anwar sahkan terima surat peletakan jawatan Anthony Loke

Foto arkib Anthony Loke pada sidang media selepas kongres DAP di Putrajaya pada 16 Ogos 2026. Foto Fadza Ishak/CNA.

KUALA LUMPUR, 13 November 2026 — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menerima surat peletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan dan akan meneliti perkara itu sebelum membuat keputusan.

“Saya belum menerima peletakan jawatan (Loke). Surat saya dah terima dan dia kata berkuat kuasa serta merta,” kata Anwar kepada pemberita selepas solat Jumaat di Brickfields.

Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah di Brickfields pada 13 November 2026.
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah di Brickfields pada 13 November 2026. Foto BERNAMA.

Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Seremban, pada Khamis menegaskan beliau kekal dengan keputusan untuk meletakkan jawatan serta-merta.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Beliau berkata kesemua 40 Ahli Parlimen DAP, termasuk dirinya, terus menyokong kepimpinan Anwar.

Pengumuman Loke pada Selasa menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah. Anwar turut berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat berjalan seperti biasa.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Loke letak jawatan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib

Loke gesa Anwar usah tunduk kepada desakan bubar Parlimen

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement