Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

BN sedia libatkan PN dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka

Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama BN dan PN boleh diteruskan dalam pentadbiran negeri sekiranya kedua-dua gabungan menang pada PRN Melaka.

D
Diana Md Noor Wartawan Senior
November 12, 2026 • 12:33 PM 2 min read • 36 views
BN sedia libatkan PN dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada ceramah di Paya Rumput. Foto UMNO Online.

MELAKA, 12 November 2026 — Barisan Nasional (BN) sedia melibatkan Perikatan Nasional (PN) dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka sekiranya kedua-dua gabungan memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap kerjasama antara kedua-dua gabungan sepanjang kempen dapat diteruskan selepas pengundian, termasuk dalam pembentukan pentadbiran negeri.

“Kerajaan negeri Melaka juga akan membabitkan Perikatan Nasional di dalam pembentukan kerajaan di Melaka,” kata Ahmad Zahid ketika berucap pada ceramah di Kampung Krubong, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, pada Rabu malam.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah di Kampung Krubong. Foto UMNO Online.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah di Kampung Krubong. Foto UMNO Online.

Menurut UMNO Online, ceramah itu turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta calon PN bagi Paya Rumput, Rafie Ahmad.

BN bertanding di 23 daripada 28 kerusi DUN, manakala PN bertanding di lima kerusi. Kedua-dua gabungan melancarkan manifesto bersama pada 6 November yang mengandungi 113 inisiatif, meliputi antaranya kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian biasa pada Sabtu, 14 November, selepas pengundian awal berlangsung pada Selasa. Pada PRN 2021, BN memenangi 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) lima dan PN dua.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

PRN Melaka: 31 pusat dibuka, 12,531 pemilih layak mengundi awal hari ini

PRN Melaka: Penyandang, muka baharu berebut mandat rakyat

PN minta SPR ambil maklum perintah guna nama dan lambang pada PRN Melaka

PRN Melaka pada 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka bukan sekadar perebutan 28 kerusi

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement