Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Kaya maklumat, miskin kebijaksanaan, kata Anwar

Anwar membangkitkan kelunturan budaya membaca dan kesediaan berfikir secara mendalam ketika maklumat semakin melimpah dalam era digital.

S
Sarah Ahmad Wartawan Senior
October 28, 2026 • 10:32 PM 2 min read • 35 views
Kaya maklumat, miskin kebijaksanaan, kata Anwar

Tangkap layar hantaran Anwar Ibrahim yang berkongsi pembacaannya terhadap karya James Marriott. Tangkap layar Threads/anwaribrahim_my.

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2026 — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kemerosotan budaya membaca dan kesediaan manusia berfikir secara mendalam meskipun maklumat semakin melimpah dalam era digital.

Anwar berkata, ancaman terhadap peradaban bukan semata-mata soal akses kepada ilmu, tetapi turut melibatkan lunturnya kecintaan dan kesabaran untuk membaca serta berfikir secara kritis.

“Kita mungkin semakin kaya dengan maklumat, namun miskin dan papa dalam kebijaksanaan.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

“Justeru, persoalannya bukan sekadar apakah manusia masih membaca, tetapi apakah manusia masih mahu berfikir,” kata Anwar dipetik dari hantaran beliau di Threads.

Beliau berkongsi pandangan itu selepas meluangkan masa menelaah buku karya penulis, James Marriott berjudul The New Dark Ages: The End of Reading and the Dawn of a Post-Literate Society.

Menurut Anwar, buku itu mengangkat persoalan mengenai kemerosotan budaya membaca dan menelaah, kedangkalan pemikiran serta masa depan peradaban dalam arus digital.

Dalam hantaran sama, Anwar mengimbau penghormatan masyarakat terhadap pujangga Perancis, Victor Hugo dan sasterawan Rusia, Fyodor Dostoevsky.

Menurut beliau, sekitar dua juta orang membanjiri Paris untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Hugo selepas kematiannya pada 1885.

Puluhan ribu rakyat pula mengiringi jenazah Dostoevsky di Saint Petersburg selepas kematiannya pada 1881.

Anwar berkata, penghormatan itu menunjukkan masyarakat ketika itu menyanjung tinggi kesusasteraan, budaya, tradisi ilmu dan pemikiran.

“Kedua-dua mereka bukan dari kalangan raja mahupun panglima perang yang menang perang, tetapi tokoh dan sarjana yang pemikirannya telah meresap jauh ke dalam jiwa dan sanubari masyarakat,” kata Anwar.

Sebelum ini, Anwar turut menekankan peranan membaca dalam membentuk masyarakat yang matang dan berfikiran luas.

Menurut laporan Bernama pada 28 Mei 2026, beliau berkata, buku mengajar pembaca supaya lebih sabar berfikir, matang menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya menghukum atau sensasi sementara.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement
S

Senior Editor overseeing breaking news desk, geopolitical affairs, and cultural reporting.