Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Barisan pelakon berpengalaman jadi kekuatan Tragedi Malam Pesta

Karya tulisan dan arahan Afiza Asram kembali dipentaskan pada 4 hingga 6 Disember 2026 di Damansara Performing Arts Centre.

W
Wawan Wartawan Senior
November 10, 2026 • 7:15 AM 3 min read • 29 views
Barisan pelakon berpengalaman jadi kekuatan Tragedi Malam Pesta

Barisan pelakon bersama pengarah dan penerbit Tragedi Malam Pesta.

KEHADIRAN barisan pelakon berpengalaman di pentas teater bukan sahaja menambah tarikan sesebuah pementasan, malah memberi nilai tersendiri apabila digabungkan dengan kekuatan naskhah dan kreativiti produksi.

Keserasian antara elemen ini turut memainkan peranan dalam menghasilkan persembahan yang mampu meninggalkan kesan kepada penonton, sekali gus menyumbang kepada perkembangan teater tempatan.

Pendekatan itu menjadi taruhan Storyteller Production menerusi pementasan semula Tragedi Malam Pesta, karya yang ditulis dan diarahkan Afiza Asram, yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Disember 2026 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Selepas pertama kali dipentaskan pada 2022, naskhah ini kembali menemui penonton dengan barisan pelakon yang terdiri daripada Beto Kusyairy, Nabila Huda, Aloy Paradoks dan Firdaus Karim.

Mengangkat kisah empat sahabat yang bertemu semula selepas 20 tahun membawa haluan masing-masing, pementasan ini turut membongkar rahsia lama melibatkan seorang lagi sahabat mereka, Puspa.

Sesi bacaan skrip bersama pengarah dan barisan pelakon Tragedi Malam Pesta.
Sesi bacaan skrip bersama pengarah dan barisan pelakon Tragedi Malam Pesta.

Bagi Afiza, idea menghasilkan naskhah ini bermula daripada keinginannya mencabar kemampuan diri dengan meneroka pendekatan penceritaan berbeza daripada karya terdahulu yang banyak menyentuh tema pemerkasaan wanita.

"Saya memang rasa mahu mencabar diri menulis sesuatu yang saya tidak biasa buat. Untuk Tragedi Malam Pesta, saya cuba sesuatu yang baharu dengan mencari premis cerita yang menarik untuk dikembangkan.

"Saya juga memang berhasrat menghasilkan sebuah pementasan yang lebih intim dengan penonton," jelasnya ketika sesi bacaan skrip dan sidang media teater itu.

Afiza Asram (tengah) berkongsi pendekatan kreatif di sebalik Tragedi Malam Pesta.
Afiza Asram (tengah) berkongsi pendekatan kreatif di sebalik Tragedi Malam Pesta.

Memahami naskhah

Mengulas tentang pemilihan pelakon, Penerbit Storyteller Production, Azuwan Ahmad, menjelaskan, keputusan berkenaan bukan semata-mata bersandarkan populariti, sebaliknya turut mengambil kira kemampuan mereka menghayati sesebuah karya.

Menurutnya, naskhah tulisan Afiza sering bermula dengan persoalan yang kelihatan sederhana, namun memerlukan perbincangan dan penghayatan lebih mendalam.

Justeru, kemahiran lakonan setiap individu penting bagi membentuk interaksi antara watak dan mengembangkan cerita.

Afiza turut menjelaskan, dalam proses mengembangkan naskhah itu ke pentas, setiap pelakon diberi peluang membaca skrip terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menerima tawaran.

Baginya, langkah tersebut penting supaya mereka benar-benar memahami cerita dan mempunyai keserasian dengan watak yang bakal dibawakan.

"Saya mahu pelakon menerima tawaran ini selepas membaca naskhah terlebih dahulu. Saya tidak mahu mereka sudah bersetuju, tetapi kemudian mendapati cerita itu tidak kena dengan jiwa mereka.

Barisan pelakon meneliti skrip Tragedi Malam Pesta.
Barisan pelakon meneliti skrip Tragedi Malam Pesta.

"Apabila mereka sudah membaca naskhah sebelum menerima tawaran, proses latihan menjadi lebih mudah kerana kami boleh duduk berbincang tentang bagaimana cerita itu mahu digerakkan," katanya.

Peluang bekerjasama dengan pelakon berpengalaman seperti Beto, Nabila, Aloy dan Firdaus turut disifatkan Afiza sebagai satu pengalaman bermakna. Namun, dia mengakui berasa gementar memikul tanggungjawab untuk mengarahkan barisan pelakon berkenaan.

Tambahnya, pengalaman dan kekuatan lakonan yang dimiliki setiap individu memberi ruang untuk proses kreatif berjalan dengan lebih terbuka sepanjang latihan.

Kehadiran pelakon yang sudah mempunyai pengikut dan kepercayaan masyarakat juga mampu membantu menarik lebih ramai penonton, sekali gus membuka peluang kepada seni teater untuk didekati khalayak yang lebih luas.

Dalam pada itu, Tragedi Malam Pesta turut menerima sokongan menerusi Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Tiket pementasan dijual pada harga RM95, manakala pembelian dua tiket ditawarkan pada harga RM170 menerusi CloudJoi.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement