Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Malaysia naib juara VALORANT CAEC 2026

Skuad VALORANT Malaysia membawa pulang 50,000 yuan selepas tewas 0-2 kepada Kemboja pada perlawanan akhir.

A
Aim Wartawan Senior
November 9, 2026 • 7:32 AM 2 min read • 34 views
Malaysia naib juara VALORANT CAEC 2026

Skuad VALORANT Malaysia bersama Jalur Gemilang selepas muncul naib juara CAEC 2026.

NANNING, 9 November 2026 — Skuad VALORANT Malaysia menamatkan China-ASEAN Esports Competition (CAEC) 2026 sebagai naib juara selepas tewas 0-2 kepada Kemboja dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Kemboja memenangi peta pembukaan, Sunset, dengan keputusan 13-4 dalam perlawanan akhir yang menggunakan format terbaik daripada tiga peta.

Malaysia memberikan tentangan lebih sengit di peta kedua, Bind, namun kebangkitan skuad negara berjaya dipatahkan apabila Kemboja menutup perlawanan dengan kemenangan 13-9 sekali gus mengesahkan gelaran juara.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Keputusan itu menyaksikan Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai 50,000 yuan (kira-kira RM30,404) selaku naib juara.

Perjalanan skuad negara ke pentas final bagaimanapun bukan mudah apabila mereka terlebih dahulu mencipta kejutan dengan menewaskan tuan rumah China dalam aksi peringkat kumpulan.

Malaysia membuka kempen Kumpulan A dengan kemenangan 1-0 ke atas Laos sebelum mengulangi keputusan sama ketika berdepan China.

Kemenangan 1-0 ke atas Vietnam dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan A sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Skuad negara kemudian meneruskan momentum apabila menyingkirkan Singapura 2-0 untuk menempah tiket ke final dan berdepan Kemboja.

Sementara itu, kempen skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia tidak begitu menjadi apabila tersingkir di peringkat kumpulan kejohanan berkenaan.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Malaysia benam Singapura, mara ke final CAEC 2026

Skuad e-sukan negara berlepas ke China, bawa cabaran dalam CAEC 2026

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement