SURABAYA, 9 November 2026 — Pemain Team Liquid ID, Kevin meraih dua anugerah individu pada MPL Awards Season 18 yang berlangsung sempena peringkat kalah mati Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Indonesia musim ke-18.
Menerusi acara MPL Awards Season 18, beberapa kategori anugerah diumumkan bagi menghargai pencapaian serta prestasi cemerlang pemain, pasukan dan barisan kejurulatihan sepanjang saingan musim ini.
Kevin dinobatkan sebagai Pemain Paling Meningkat (Most Improved Player) dan Pemain Paling Bernilai (MVP) musim biasa.
Dalam pada itu, NAVI turut mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai Coaching Team of the Season, sekali gus mengiktiraf sumbangan barisan kejurulatihan pasukan berkenaan.
Anugerah Rookie of the Season pula menjadi milik Joshuaa dari NAVI. Pemain muda yang beraksi di posisi jungler itu berjaya mencuri tumpuan menerusi aksi konsisten dan sumbangan penting dalam memperkukuh kekuatan pasukannya.
Selain itu, Setiawanade menerima pengiktirafan sebagai Restreamer of the Season.
Bagi First Team of the Season, Arfha dari NAVI dipilih sebagai roamer, Aran (Team Liquid ID) bagi posisi EXP laner, Morenooo (Bigetron by Vitality) sebagai mid laner, Dingarai (Alter Ego) untuk gold laner dan Joshuaa (NAVI) bagi posisi jungler.
Sementara itu, Dream Team of the Season menyaksikan Kiboy, Lutpi, Morenooo, Kelra dan Kairi dipilih bagi mengisi lima posisi utama.
Kiboy dan Lutpii mewakili ONIC masing-masing sebagai roamer dan EXP laner, manakala Morenooo dari Bigetron by Vitality mengisi posisi mid laner.
Dua lagi posisi menjadi milik Kelra sebagai gold laner dan Kairi sebagai jungler, kedua-duanya dari ONIC.
Bagi Second Team of the Season, Drichel dari Team Liquid ID dipilih sebagai roamer, Emann (Team Vitality) bagi posisi EXP laner, Quinn (Dewa United Esports) sebagai mid laner, Kevin (Team Liquid ID) untuk gold laner dan Alexander (NAVI) sebagai jungler.
Secara keseluruhan, kejayaan Kevin meraih dua anugerah individu meletakkannya antara pemain paling menonjol dalam edisi kali ini.










