Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Malaysia minta mesyuarat ekonomi dengan Taiwan diteruskan, kata Anwar

Eksport Malaysia ke Taiwan meningkat 88 peratus kepada RM116.58 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala import dari Taiwan pula meningkat 24.2 peratus kepada RM137.67 bilion.

November 12, 2026 • 12:19 PM 2 min read • 39 views
Malaysia minta mesyuarat ekonomi dengan Taiwan diteruskan, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim .

KUALA LUMPUR, 12 November 2026 — Malaysia meminta mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi dengan Taiwan yang tertangguh diteruskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat semakan kerajaan, belum ada petanda pelabur Taiwan menarik diri atau dihalang daripada melabur di Malaysia.

Anwar berkata, Kementerian Luar dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sudah mengambil langkah supaya perbincangan di peringkat jawatankuasa diteruskan. Beliau menjelaskan bahawa kerjasama itu berjalan melalui kumpulan kerja perdagangan dan pelaburan, tanpa rundingan rasmi antara negara.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis. Suhaimi meminta kerajaan menjelaskan laporan mengenai penggantungan rundingan pelaburan serta kesannya terhadap perdagangan dan aliran pelaburan sedia ada.

“Hubungan dagang pelaburan itu tak terjejas. Malah kita mengalu-alukan pelaburan dari Taiwan,” kata Anwar, menurut teks verbatim jawapannya di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, pendirian Malaysia mengenai Dasar Satu China sudah ditetapkan sejak 1974 di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein. Malaysia mengiktiraf kerajaan yang berpusat di Beijing dan menjalankan hubungan ekonomi dengan Taiwan melalui pejabat perdagangan serta jawatankuasa kerjasama.

Menjawab soalan tambahan mengenai wawancaranya dengan Al Jazeera, Anwar berkata, beliau menegaskan semula dasar itu dan menyokong penyelesaian secara aman. Beliau menafikan menyokong serangan China terhadap Taiwan, sambil mengakui bahawa nada kenyataannya yang lebih tegas menimbulkan keresahan dalam kalangan sesetengah pihak di Taiwan.

"Bila ditanya oleh media. Saya rasa Al Jazeera kalau tak salah saya. Punyai pandangan, saya kata kita tak berganjak. The One China Policy since 1974. Jadi kata dia, apa masalah China dengan Taiwan, saya kata itu masalah-masalah negara dia. Jadi kita kena bezakan itu," katanya.

Pelancaran kilang Advanced Semiconductor Engineering di Bayan Lepas
Pelancaran kilang kelima Advanced Semiconductor Engineering di Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 18 Februari 2025. Foto Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Eksport ke Taiwan meningkat 88 peratus

Menurut angka yang dibentangkan Anwar, eksport Malaysia ke Taiwan meningkat 88 peratus kepada RM116.58 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026. Import dari Taiwan pula meningkat 24.2 peratus kepada RM137.67 bilion. Beliau turut menyebut bahawa pelaburan dari Taiwan di Kedah mencecah RM813.2 juta.

Anwar berkata, semakan dengan MITI pada Rabu mendapati perbincangan berkaitan pelaburan masih berjalan dan terdapat pelaburan baharu. Beliau berkata kerajaan akan terus memudahkan pelaburan Taiwan, khususnya dalam bidang elektrik dan elektronik, semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI).

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Malaysia terus alu-alukan pelaburan Taiwan selepas rundingan ditangguh

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement