Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Kerajaan saran rakyat beralih daripada Waze, utamakan keselamatan data negara

MKN menyarankan penggunaan aplikasi navigasi tempatan seperti TuJu susulan kebimbangan terhadap keselamatan data dan kedaulatan maklumat negara.

A
Aim Wartawan Senior
October 22, 2026 • 4:35 AM 2 min read • 6 views
Kerajaan saran rakyat beralih daripada Waze, utamakan keselamatan data negara

Logo Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2026 — Kerajaan menyarankan penjawat awam dan rakyat Malaysia beralih daripada aplikasi navigasi Waze kepada aplikasi tempatan seperti TuJu susulan kebimbangan terhadap keselamatan data dan kedaulatan maklumat negara.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, kerajaan memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna oleh aplikasi navigasi berkenaan.

Menurutnya, kebimbangan itu turut melibatkan terma penggunaan Waze yang memperuntukkan pemakaian undang-undang Israel serta bidang kuasa mahkamah negara berkenaan bagi pertikaian berkaitan penggunaan perkhidmatannya.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

“Kerajaan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan yang melibatkan Israel,” menurut kenyataan MKN.

MKN menegaskan perlindungan data rakyat dan kedaulatan maklumat negara mesti sentiasa diutamakan, termasuk ketika menilai implikasi penggunaan aplikasi yang tertakluk kepada undang-undang serta bidang kuasa Israel.

MKN menjelaskan, maklumat lokasi dan corak pergerakan pengguna merupakan data sensitif yang memerlukan perlindungan sewajarnya, terutama apabila membabitkan urusan rasmi serta kepentingan strategik negara.

Tegasnya, kemudahan teknologi tidak boleh mengatasi tuntutan keselamatan negara.

Paparan aplikasi navigasi TuJu
Paparan aplikasi navigasi TuJu yang disarankan sebagai alternatif tempatan. — Foto: TuJu.

Sehubungan itu, kerajaan menggalakkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan seperti TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), selain aplikasi tempatan lain yang bersesuaian.

Orang ramai yang memerlukan penjelasan lanjut boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) mengenai Waze yang disediakan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), MKN, Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu, pemakluman rasmi yang turut disiarkan Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang menjelaskan bahawa larangan penggunaan Waze dalam kalangan anggota perkhidmatan awam berkuat kuasa serta-merta, berdasarkan surat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bertarikh Selasa.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari sama.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Penjawat awam dilarang guna Waze, rakyat disaran beralih kepada aplikasi alternatif

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement