Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Penjawat awam dilarang guna Waze, rakyat disaran beralih kepada aplikasi alternatif

Keputusan Anwar bertujuan melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi; rakyat turut disaran beralih kepada aplikasi tempatan seperti TuJu.

M
Megat Wartawan
October 22, 2026 • 3:49 AM 2 min read • 5 views
Penjawat awam dilarang guna Waze, rakyat disaran beralih kepada aplikasi alternatif

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 21 Oktober 2026 — Kerajaan melarang seluruh penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. sebagai pengawal data pengguna.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

“Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara,” menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Pada masa sama, Anwar menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu.

Menurut kenyataan itu, saranan berkenaan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan aplikasi alternatif tersebut.

“Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Google mengumumkan pemerolehan Waze pada 11 Jun 2013. Dalam pengumuman berkenaan, Google menyatakan pasukan pembangunan produk Waze akan kekal di Israel dan beroperasi secara berasingan pada ketika itu.

Google ketika itu turut menyatakan hasrat memanfaatkan ciri kemas kini trafik Waze bagi mempertingkat Google Maps, manakala Waze akan diperkukuh dengan keupayaan carian Google.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement