Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

96,844 warga asing ditahan atas pelbagai jenayah sejak 2024

Polis merekodkan 26,968 tangkapan warga asing bagi pelbagai kesalahan jenayah dari Januari hingga September 2026.

A
Aim Wartawan Senior
November 14, 2026 • 10:58 AM 2 min read • 29 views
96,844 warga asing ditahan atas pelbagai jenayah sejak 2024

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. – Gambar kiriman

KUALA LUMPUR, 14 November 2026 — Seramai 96,844 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di negara ini dari Januari 2024 hingga September 2026.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menunjukkan jumlah tangkapan warga asing meningkat sebanyak 3,604 orang atau 10.9 peratus kepada 36,740 orang pada 2025 berbanding 33,136 orang pada 2024.

"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, seramai 26,968 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah membabitkan warga asing di negara ini.

"Komitmen itu turut melibatkan usaha memperkukuh sinergi bersama agensi kerajaan lain menerusi operasi bersepadu, perkongsian risikan dan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

"PDRM menegaskan komitmen melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara tegas dan berterusan terhadap mana-mana individu, termasuk warga asing, yang didapati terbabit dalam kegiatan jenayah di negara ini," katanya.

Kereta peronda Polis Diraja Malaysia
Kereta peronda Polis Diraja Malaysia. – Gambar hiasan, paultan.org

Beliau berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip kesamarataan di sisi undang-undang yang menetapkan setiap individu tanpa mengira status, kedudukan atau kewarganegaraan tertakluk kepada undang-undang negara.

"Sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang tidak akan dikompromi dan akan ditangani menerusi tindakan penguatkuasaan tegas selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat supaya terus memainkan peranan sebagai rakan strategik polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa.

"Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting dalam membantu usaha pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement