Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Aphrodax (1)Advertisement

Syed Saddiq dan Bella pilih kenduri rakyat, bawa semangat rewang

Bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah memilih cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia mereka. Bukan.

October 4, 2026 • 9:51 PM 4 min read • 23 views
Syed Saddiq dan Bella pilih kenduri rakyat, bawa semangat rewang

Syed Saddiq pada sidang media Walimatulurus. Foto: Astro.

BAKAL mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah memilih cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia mereka. Bukan satu, malah dua majlis resepsi bakal diadakan dengan konsep ‘Kenduri Rakyat’ di dua lokasi, iaitu Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.

Jika kebiasaannya majlis perkahwinan selebriti dan figura terkenal berlangsung secara tertutup dengan jemputan terhad, pasangan ini pula memilih untuk berkongsi kegembiraan bersama orang ramai.

Selepas selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober depan, Syed Saddiq dan Bella dijadualkan mengadakan majlis ‘Kenduri Rakyat’ di Muar pada 25 Oktober, sebelum meneruskan acara sama di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

"Majlis kahwin kami nanti bertemakan rewang. Kalau sebelum ini, sambutan Hari Raya yang saya anjurkan di Muar sudah mencecah 10,000 orang, jadi, kita jangka untuk kenduri kami lebih ramai yang akan datang.

"Jadi, majlis itu nanti berkonsepkan 'siapa cepat dia dapat' (nikmati juadah). Jika makanan habis sekalipun, kami akan berada di sana untuk bersama dengan tetamu," kata Syed Saddiq ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq pada Jumaat.

Bagi Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, konsep tersebut cukup dekat dengan dirinya kerana ia membawa semangat gotong-royong atau rewang, selain memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk bersama-sama meraikan hari bahagia mereka.

Syed Saddiq dan Bella bersama tetamu pada majlis berkenaan. Foto: Astro.
Syed Saddiq dan Bella bersama tetamu pada majlis berkenaan. Foto: Astro.

Juadah disediakan mengikut konsep ‘siapa cepat dia dapat’

Menurut Syed Saddiq, majlis berkenaan dijangka mendapat sambutan menggalakkan, malah jumlah tetamu mungkin melebihi 10,000 orang.

Katanya, sambutan Hari Raya yang pernah dianjurkannya di Muar sebelum ini juga mencatat kehadiran sekitar 10,000 orang. Justeru, konsep kenduri yang bakal diadakan bersama Bella itu dijangka berlangsung dalam suasana cukup meriah dan terbuka.

Menariknya, pasangan ini turut mengambil pendekatan santai apabila makanan disediakan dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

Namun, bagi Syed Saddiq, apa yang lebih penting bukanlah soal sama ada semua tetamu sempat menikmati hidangan atau sebaliknya, tetapi kesempatan untuk mereka bersama-sama meraikan detik istimewa tersebut.

Malah, pasangan ini tetap mahu berada di lokasi dan meluangkan masa bersama tetamu sepanjang majlis berlangsung.

Mahu dekat dengan masyarakat, sediakan 10,000 cenderahati

Tidak lengkap rasanya majlis perkahwinan tanpa buah tangan untuk dibawa pulang. Bagi memeriahkan lagi ‘Kenduri Rakyat’ mereka, sebanyak 10,000 cenderahati istimewa bakal disediakan untuk para tetamu.

Pemilihan konsep ini juga seakan menggambarkan hasrat pasangan berkenaan untuk menjadikan hari bahagia mereka sebagai sebuah majlis yang dekat dengan masyarakat, bukannya sekadar acara peribadi.

“Saya memang tak sabar. Kami juga mahu sediakan cenderahati, tetapi mengikut kemampuan. Jadi, memang saya sangat menantikannya,” jelas Bella yang kelihatan berseri-seri.

Syed Saddiq dan Bella memilih konsep kenduri rakyat. Foto: Astro.
Syed Saddiq dan Bella memilih konsep kenduri rakyat. Foto: Astro.

Akad nikah di aras 118, menara Merdeka Maybank

Sebelum dua majlis resepsi berkenaan berlangsung, Syed Saddiq dan Bella terlebih dahulu bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober ini. Majlis akad nikah dijadualkan berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Untuk majlis tersebut, pasangan ini memilih konsep serba putih yang disulami elemen Arab dan Islamik, mengikut permintaan keluarga. Difahamkan, Syed Saddiq dan Bella mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat pada tahun 2025 sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Kini, selepas melalui fasa pertunangan, pasangan ini bakal melangkah ke alam rumah tangga dan seterusnya meraikan detik bahagia itu bersama keluarga, sahabat serta masyarakat di dua lokasi yang cukup bermakna buat mereka.

Syed Saddiq dan Bella bakal bernikah pada 10 Oktober. Foto: Astro.
Syed Saddiq dan Bella bakal bernikah pada 10 Oktober. Foto: Astro.

Dengan konsep ‘Kenduri Rakyat’, majlis perkahwinan Syed Saddiq dan Bella bukan sahaja bakal menjadi hari untuk meraikan cinta dua insan, malah turut membawa semangat kebersamaan dan kemeriahan sebuah kenduri yang dikongsi bersama.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Kisah cinta kami tidak layak dibandingkan dengan Tun Mahathir, Tun Hasmah — Syed Saddiq

Ibu bapa Syed Saddiq yakin Bella pilihan tepat, titip doa menjelang pernikahan

Passionate about independent digital journalism and tech trends.

OCT_Dybesol (1)
OCT_Aphrodax (1)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement