Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

‘Someone to Hold’, debut Jennie dalam runut bunyi filem animasi

Anggota Blackpink itu menyanyikan lagu untuk Steps, filem animasi Netflix yang dijadualkan ditayangkan pada 20 November.

W
Wawan Wartawan Senior
November 12, 2026 • 8:27 AM 2 min read • 29 views
‘Someone to Hold’, debut Jennie dalam runut bunyi filem animasi

Poster promosi ‘Someone to Hold’, nyanyian Jennie untuk filem animasi Steps. Grafik Netflix.

BINTANG sensasi Korea Selatan, Jennie terus mencuri perhatian menerusi penglibatan dalam projek animasi antarabangsa yang membuka satu lagi pengalaman baharu dalam perjalanan seninya.

Kali ini, anggota Blackpink berkenaan menyumbangkan suara menerusi lagu 'Someone to Hold' untuk filem animasi terbitan Netflix, 'Steps'.

Lagu yang dilancarkan pada 6 November lalu itu menandakan pengalaman pertama Jennie menyumbangkan karya untuk runut bunyi filem animasi.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Penglibatan tersebut turut memperlihatkan sisi berbeza perjalanan seninya selepas dikenali menerusi kerjaya bersama kumpulan dan sebagai penyanyi solo.

Menariknya, 'Someone to Hold' turut menerima pencalonan dalam kategori Best Song for an Animated Film di Hollywood Music in Media Awards 2026 sebelum filem berkenaan ditayangkan.

Lagu itu ditulis oleh Justin Tranter, Julia Michaels dan Jason Gill, manakala Jennie diberi kepercayaan untuk membawakan karya berkenaan.

Jennie, anggota Blackpink dan penyanyi solo.
Jennie, anggota Blackpink dan penyanyi solo.

Lagu berentak pop itu menggabungkan melodi indah dengan tema keakraban hubungan antara watak-watak dalam filem tersebut.

Dalam perkongsian bersama Netflix, Jennie meluahkan keterujaannya menjadi sebahagian daripada projek animasi berkenaan.

"Saya sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Steps, dan pengalaman menghasilkan lagu pertama saya untuk filem animasi benar-benar menyeronokkan.

"Saya suka bagaimana watak-wataknya mempunyai jiwa dan personaliti tersendiri. Saya juga gembira kerana dapat menjadi sebahagian kecil daripada dunia mereka," ujarnya.

Visual promosi lagu ‘Someone to Hold’ daripada filem animasi Steps. Grafik Netflix.
Visual promosi lagu ‘Someone to Hold’ daripada filem animasi Steps. Grafik Netflix.

Perspektif baharu kisah Cinderella

Diarahkan oleh Alyce Tzue dan John Ripa, Steps mengolah semula kisah klasik Cinderella dengan memberikan tumpuan kepada perspektif dua adik-beradik tiri yang selama ini sering digambarkan sebagai watak antagonis.

Kisahnya bermula apabila Lilith mencuri tongkat sakti Ibu Peri dan mencetuskan kekacauan di sebuah majlis diraja. Insiden itu membawa kepada pengembaraan yang turut menguji hubungannya dengan Margot serta Cinderella.

Selain Jennie, filem ini turut menampilkan Rose Gray dan EMEI yang masing-masing menyumbangkan lagu baharu untuk runut bunyinya. Amanda Seyfried pula bukan sahaja meminjamkan suara kepada watak Cinderella, malah turut menyumbangkan sebuah lagu untuk filem tersebut.

'Steps' dijadualkan menemui penonton menerusi Netflix pada 20 November ini, manakala album runut bunyi penuhnya turut dilancarkan pada tarikh sama.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement