Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Ella bawa perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen ke bab terakhir

Ella menutup siri Majlis Tertinggi Rockqueen pada 5 Disember di Unifi Arena, dengan Ziana Zain dan Yuna sebagai artis undangan.

W
Wawan Wartawan Senior
October 22, 2026 • 10:54 AM 4 min read • 9 views
Ella bawa perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen ke bab terakhir

Ella pada sidang media konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup pada Selasa. — Foto: Bahan publisiti.

EMPAT dekad dalam industri muzik menyaksikan Ratu Rock negara, Nor Zila Aminuddin atau Ella melalui pelbagai fasa perjalanan seni, namun sokongan peminat yang tidak pernah putus terus menjadi sebahagian penting dalam kisahnya.

Setiap persembahan bukan sekadar peluang untuk menghiburkan, tetapi juga ruang untuk meraikan hubungan yang terjalin sekian lama menerusi lagu-lagunya yang dekat di hati pendengar.

Sepanjang tahun ini, siri Majlis Tertinggi Rockqueen memperlihatkan betapa bermaknanya hubungan Ella dengan peminat yang terus memberikan sokongan merentas generasi.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Sambutan luar biasa yang diterima menjadikan konsert terakhir tahun ini lebih istimewa, apatah lagi apabila ia bakal menjadi kesempatan untuk meraikan perjalanan tersebut bersama-sama.

Dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup bakal menjadi acara kemuncak yang dinanti-nantikan peminat.

Konsert ini juga merealisasikan hasrat yang disuarakan Ella secara spontan ketika majlis Penghargaan Sri Wirama selepas menerima Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) baru-baru ini. Ketika itu, penyanyi lagu Sembilu berkenaan membayangkan keinginannya untuk mengadakan satu lagi persembahan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menemaninya sepanjang 40 tahun dalam industri muzik.

Dianjurkan oleh Hitman Solutions bersama Rockqueen, Sidang Penutup bakal menyaksikan Ella berkongsi pentas dengan dua penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Roziana Zain atau Ziana Zain, serta Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna sebagai artis undangan. Pertemuan tiga figura daripada latar muzik dan generasi berbeza ini pastinya memberikan warna tersendiri kepada persembahan berkenaan.

Siri Majlis Tertinggi Rockqueen bermula dengan persembahan berskala stadium di TM Stadium Nasional Bukit Jalil yang menghimpunkan 55,000 peminat. Konsert itu kemudian dibawa ke Singapura dengan kehadiran lebih 5,000 penonton, sebelum Pulau Pinang menjadi persinggahan seterusnya dengan 10,000 peminat.

Ella bersama wakil penganjur pada sidang media konsert
Ella bersama wakil penganjur pada sidang media Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup pada Selasa. — Foto: Bahan publisiti.

Sambutan tersebut memperlihatkan kekuatan legasi Ella yang terus mendapat tempat dalam kalangan pendengar pelbagai generasi, meskipun sudah lebih empat dekad mewarnai industri muzik tempatan.

Menutup tirai sebelum berehat panjang

Ella turut merancang berehat selama setahun selepas konsert itu untuk memberi tumpuan kepada projek pertanian yang diusahakan bersama suaminya.

Bagi Ella, Sidang Penutup bukan sekadar persembahan terakhir dalam siri konsert itu, sebaliknya peluang untuk menghargai perjalanan yang telah dilalui bersama peminat. Rasa syukur atas sokongan yang diterima menjadi antara perkara utama yang ingin dibawanya ke pentas tersebut.

“Tahun ini memang satu perjalanan yang sangat luar biasa dan penuh makna buat saya. Daripada peminat di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, kemudian ke Singapura dan Pulau Pinang, saya sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dan berkongsi muzik dengan begitu ramai peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.

“Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya dan setiap cerita ada bab terakhirnya. Jadi, saya mahu Sidang Penutup menjadi satu malam yang benar-benar istimewa untuk kita semua,” kata Ella ketika ditemui pada sidang akhbar konsert tersebut, Selasa.

Ella berharap kenangan yang tercipta sepanjang siri persembahan berkenaan dapat terus dibawa bersama meskipun tirai konsert sudah dilabuhkan.

“Saya mahu kita menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen tahun ini dengan penuh kegembiraan, kasih sayang dan kenangan yang akan kita simpan sampai bila-bila.

“Kalau kita sudah mulakan perjalanan ini bersama, biarlah kita tutup tirainya juga bersama,” katanya.

Menariknya, hubungan Ella dengan peminat turut diterapkan menerusi konsep pilihan penonton yang diperkenalkan untuk Sidang Penutup. Peminat berpeluang memberikan pilihan bagi tema persembahan, senarai lagu serta beberapa elemen kejutan yang bakal disajikan pada malam berkenaan.

Poster Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Sidang Penutup
Poster konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup yang dijadualkan pada 5 Disember 2026. — Poster: Hitman Solutions/Rockqueen.

Pendekatan tersebut memberi peluang kepada peminat untuk terlibat secara langsung dalam pembentukan persembahan, sekali gus menjadikan mereka sebahagian daripada pengalaman istimewa yang bakal dikongsi bersama Ella.

Tiket Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup dijadualkan mula dijual pada Khamis, jam 12 tengah hari, dengan harga antara RM179 hingga RM499. Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi laman web rasmi Hitman Live.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Tanpa mereka, mungkin saya tidak akan berada di sini - Ella

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement