Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

G2 Esports tamatkan kontrak Perkz susulan kenyataan kontroversi

G2 Esports menamatkan kerjasama dengan ketua jurulatih Luka “Perkz” Perković selepas kenyataannya mencetuskan kritikan.

A
Aim Wartawan Senior
November 8, 2026 • 9:46 AM 2 min read • 32 views
G2 Esports tamatkan kontrak Perkz susulan kenyataan kontroversi

Luka “Perkz” Perković. Foto Riot Games.

BERLIN, 8 November 2026 — G2 Esports mengumumkan penamatan kerjasama dengan ketua jurulatihnya, Luka “Perkz” Perković, susulan kenyataan kontroversi berkaitan isu pengguguran kandungan.

Kenyataan Perkz mengenai isu di luar arena e-sukan mencetuskan reaksi hebat dalam kalangan peminat.

Dalam kenyataan itu, Perkz memaklumkan terdapat beberapa prinsip hidup yang dipegangnya.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Namun isu pengguguran kandungan merupakan pendirian yang tidak akan diubah walaupun pandangannya itu bertentangan dengan penerimaan masyarakat umum.

G2 tidak mengambil ringan perkara itu apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alban Dechelotte, mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengumumkan penamatan kerjasama dengan jurulatih dari Croatia berkenaan.

Dechelotte menjelaskan bahawa G2 merupakan organisasi antarabangsa yang menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang dan budaya.

Menurutnya, walaupun perbezaan pandangan merupakan perkara biasa, beberapa kenyataan yang dibuat Perkz tidak selari dengan pendirian serta nilai organisasi itu.

Logo rasmi G2 Esports. Grafik G2 Esports.
Logo rasmi G2 Esports. Grafik G2 Esports.

Beliau turut mengakui kenyataan berkenaan telah melukakan hati sebahagian peminat dan menyampaikan permohonan maaf bagi pihak G2.

Susulan keputusan tersebut, organisasi berkenaan akan memberi tumpuan kepada usaha membina semula barisan kakitangan dan barisan pemain bagi musim seterusnya.

Bagaimanapun, G2 memohon peminat bersabar kerana sebarang perubahan hanya akan diumumkan selepas tempoh perpindahan pemain dibuka secara rasmi.

Sebelum G2 mengeluarkan kenyataan rasmi, pandangan Perkz itu sudah mencetuskan gelombang kritikan dalam komuniti e-sukan.

Ramai peminat menggesa organisasi berkenaan mengambil tindakan terhadap ketua jurulatih tersebut.

Persatuan penyokong G2 dari Perancis, Les G2 Samouraïs, turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan sokongan kepada wanita susulan pandangan Perkz itu.

Persatuan berkenaan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang amat mengecewakan, sambil menegaskan bahawa sokongan mereka terhadap G2 tidak bermakna mereka perlu berdiam diri dalam kontroversi berkenaan.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement