Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Malaysia sedia hulur bantuan kemanusiaan kepada Yemen

Mohamad Hasan menyeru pihak yang terlibat dalam konflik kembali berunding, sambil menyatakan kesediaan Malaysia membantu mengikut kemampuan.

October 24, 2026 • 7:38 PM 2 min read • 10 views
Malaysia sedia hulur bantuan kemanusiaan kepada Yemen

Mohamad Hasan dalam foto arkib 25 Julai 2024. Foto Nacho Santana/FCDO

SEREMBAN, 24 Oktober 2026 — Malaysia bersedia menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Yemen dan menggesa pihak yang terlibat dalam konflik berpanjangan itu kembali ke meja rundingan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia memahami penderitaan penduduk yang berdepan kebuluran serta kesukaran mendapatkan keperluan asas akibat perang saudara.

“Malaysia bersedia menyertai mana-mana misi bantuan atau menyalurkan bantuan kepada negara yang memerlukannya, mengikut kemampuan kami,” kata Mohamad dipetik dari Malay Mail yang menyiarkan laporan BERNAMA.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan perayaan Deepavali di dewan komuniti Rantau pada Sabtu.

Pemandangan Sana’a, Yemen dalam foto arkib 16 Mac 2004, bukan gambaran keadaan semasa. Foto BluesyPete/Wikimedia Commons
Pemandangan Sana’a, Yemen dalam foto arkib 16 Mac 2004, bukan gambaran keadaan semasa. Foto BluesyPete/Wikimedia Commons

Mohamad berkata, konflik itu perlu ditamatkan kerana tidak memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta penduduk yang terkesan, sebaliknya memanjangkan penderitaan mereka.

Beliau menyeru pihak berkepentingan asing memainkan peranan membina untuk membawa keamanan dan kemakmuran melalui rundingan.

Sebelum ini, perkara berkenaan dibincangkan ketika Menteri Luar dan Ekspatriat Yemen, Dr Afrah Abdulaziz Al-Zouba menghubungi Mohamad pada Khamis bagi berkongsi perkembangan terbaru negara itu.

Mohamad menegaskan usaha diplomatik perlu diutamakan bagi mengelakkan konflik terus berlarutan serta menjejaskan kestabilan serantau.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Lima maut dalam serangan Houthi ke atas kompleks istana Aden, Kabinet Yemen selamat

Pertempuran sengit di Marib, tentera kerajaan Yemen dakwa rampas beberapa kedudukan Houthi

Tentera kerajaan Yemen dakwa tawan semula Mokha

Tentera Yemen umum kuasai kedudukan dekat Bab al-Mandab

Yemen umum operasi besar-besaran rampas semula wilayah dikuasai Houthi

Tentera kerajaan Yemen umum serangan terhadap Houthi di Sanaa dan Saada

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement

Passionate about independent digital journalism and tech trends.

OCT_Dybesol (1)
OCT_Aphrodax (1)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement