Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Aphrodax (1)Advertisement

GRACSHAW bawa tiga ikon Mobile Suit Gundam ke jalan raya menerusi helmet edisi terhad

September 12, 2026 • 2:39 AM 3 min read • 36 views
GRACSHAW bawa tiga ikon Mobile Suit Gundam ke jalan raya menerusi helmet edisi terhad

KUALA LUMPUR, 11 September 2026 - Jenama helmet motosikal tempatan, GRACSHAW memperkenalkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam yang menampilkan tiga Mobile Suit ikonik daripada siri televisyen asal yang mula disiarkan pada 1979.

Koleksi berkenaan menggunakan helmet open-face dual-visor Glaive dan ditawarkan pada harga RM498 seunit, dengan setiap model direka berasaskan RX-78-2 Gundam, MS-06F Zaku II dan MS-06S Char’s Zaku II.

Daripada keseluruhan 3,000 unit yang dikeluarkan, sebanyak 1,500 unit diperuntukkan untuk RX-78-2 Gundam, diikuti 1,000 unit Char’s Zaku II dan 500 unit MS-06F Zaku II.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Menariknya, setiap helmet edisi Mobile Suit Gundam hadir dengan ‘rear ducktail’ khas yang dipasang sebagai kelengkapan standard, berbeza daripada model Glaive biasa yang menawarkannya sebagai aksesori tambahan.

Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan GRACSHAW, Chiong Sai Weng berkata pemilihan Glaive dibuat berdasarkan reka bentuk shell yang ringkas dan kemas bagi membolehkan elemen grafik serta identiti setiap Mobile Suit diterjemahkan dengan lebih jelas.

“Dengan rear ducktail dipasang sebagai standard, shell dan ducktail berfungsi sebagai satu bentuk yang menguatkan profil aerodinamik serta memberikan helmet ini identiti yang berbeza daripada Glaive standard,” katanya.

Reka bentuk ketiga-tiga helmet itu turut mengekalkan ciri visual asal Mobile Suit Gundam, termasuk kombinasi warna, marking dan perincian mekanikal yang menjadi identiti RX-78-2 Gundam serta dua varian Zaku II.

Untuk Char’s Zaku II, GRACSHAW mengambil rujukan warna daripada figura Bandai yang menampilkan tona merah jambu dan maroon gelap, bukannya warna merah terang semata-mata, bagi mengekalkan perincian yang lebih dekat dengan versi asal.

Kerjasama itu juga cuba menggabungkan elemen koleksi dengan kegunaan harian, dengan format open-face Glaive yang sesuai untuk penunggang motosikal bandar dari segi pengudaraan, penglihatan dan kemudahan ketika perjalanan jarak dekat.
  
Beliau berkata koleksi itu bukan sekadar pertukaran warna atau kemasan, sebaliknya direka sebagai bentuk definitif Glaive yang menggabungkan identiti GRACSHAW dengan elemen Mobile Suit Gundam.
  
Setiap helmet turut disertakan kad edisi terhad bernombor yang merekodkan kedudukannya dalam jumlah pengeluaran, selain dust bag, kad jenama, pelekat dan manual pengguna dalam pembungkusan khas.
  
Kesemua model adalah diperakui SIRIM dan ditawarkan dalam saiz S, M, L, XL serta 2XL dan koleksi berkenaan mula dijual pada 7 September 2026 sementara stok masih ada melalui pengedar sah GRACSHAW terpilih.
  
Antara pengedar terbabit ialah Roda Kota, Bikerz Garaj, Serdang Motorcycle, Super LS Motor Parts (Jalan Ipoh), Welly Sungai Buloh, Tokan Helmet, BLH Motor, WK Motorsport, Ann Seng Motor, CKT Motor, Hock Lee Motor dan GRACSHAW Concept Store Hock Lee. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi GRACSHAW.



Passionate about independent digital journalism and tech trends.