Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Permintaan elektrik pusat data Semenanjung diunjur cecah 8,391MW pada 2030

Johor dan Selangor dijangka merekodkan permintaan tertinggi, menurut unjuran perancangan bekalan elektrik PETRA.

October 20, 2026 • 7:46 AM 1 min read • 8 views
Permintaan elektrik pusat data Semenanjung diunjur cecah 8,391MW pada 2030

Juruteknik menyelenggara rak pelayan di pusat pengkomputeran NERSC, Amerika Syarikat dalam foto arkib 14 Oktober 2011. — Foto: Derrick Coetzee / Wikimedia Commons.

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2026 — Permintaan maksimum elektrik industri pusat data di Semenanjung Malaysia diunjur mencapai 8,391 megawatt (MW) menjelang 2030, berdasarkan perancangan bekalan elektrik semasa.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan Johor dijangka merekodkan permintaan 4,428MW, manakala Selangor 1,481MW, menurut laporan BERNAMA pada Isnin.

Kementerian itu menyatakan kedua-dua negeri memerlukan perancangan infrastruktur elektrik yang bersesuaian dengan pertumbuhan beban dijangka.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

PETRA menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar mengenai keperluan utiliti serta pembangunan pusat data.

Peralatan pusat pengkomputeran di Makmal Tenaga Boleh Baharu Kebangsaan Amerika Syarikat dalam foto arkib 14 Mac 2013. — Foto: Dennis Schroeder / NREL.
Peralatan pusat pengkomputeran di Makmal Tenaga Boleh Baharu Kebangsaan Amerika Syarikat dalam foto arkib 14 Mac 2013. — Foto: Dennis Schroeder / NREL.

Permintaan air pusat data di Selangor dan Johor pula diunjur mencapai 389.04 juta liter sehari (JLH) menjelang 2030.

“Bagaimanapun, pada masa ini jumlah penggunaan air sebenar oleh pusat data yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara adalah sebanyak 63.90 JLH,” kata PETRA.

Sehingga Ogos 2026, sebanyak 45 pusat data telah siap dibina di Semenanjung dengan kapasiti bekalan elektrik 6,041MW.

PETRA menjelaskan kapasiti itu merujuk bekalan elektrik yang disediakan Tenaga Nasional Berhad melalui grid nasional bagi menyokong operasi pusat data berkenaan.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

[Belanjawan 2027] Siapa menanggung kos bekalan air dan elektrik pusat data?

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement